Kelate Dot Net Edisi Ahad 16 Januari 2005

Jazlan Mulakan Rentak

Tetap memancing pemain berkaliber wakili skuadnya
Nik Ahmad Fadhli bersalaman dengan Pengurus pasukan Azman Ibrahim Wan Zaman Mustapha bersalaman dengan Pengurus pasukan Azman Ibrahim
AJK baru KAFA bersama pemain Presiden KAFA Jazlan Yaakub
AJK KAFA Pemain dan pengurusan
Pemain sedang menandatangani surat perjanjian Timbalan Presiden merangkap Pengurus Pasukan Kelantan Azman Ibrahim

Pemain dan pengurusan KAFA

Pemain dan pengurusan KAFA
Sekitar Majlis Manandatangani Kontrak Pemian Bolasepak Kelantan 2005 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu telah dijalankan pada 12 Januari lalu. Antara pemain yang hadir pada majlis tersebut adalah Wan Zaman Mustapha, Azlan Ismail, Nik Ahmad Fadhli, Akmal Tabrani dan Halaim Napi.  Rakan kita Poknik yang berada dimajlis tersebut telah mengirimkan photo untuk tatapan kita bersama. Semoga dengan ini terjawablah segala teka-teki mengenai pemain Kelantan untuk musim 2005. Termkasih daun Kelandi.

Edisi Sabtu 16 Mac 2002

Kita mesti realistik - KAFA

Sabtu 9 Mac, sebelum perlawanan Kelantan Selangor, saya telah terpanggil untuk menemuramah Presiden KAFA Datuk Wan Hashim Wan Daud dan tanpa temujanji saya terus ke sana, namun bila saya sampai di pejabatnya, beliau tiada. Bagaimanapun saya dibenarkan untuk bertemu Setiausaha Kehormat KAFA, Encik Osman Zakaria yang baru masuk pejabat...

Ikuti temubual saya dengan beliau

Osman Zakaria

Belum sempat saya duduk, Osman Zakaria memberi teguran keras terhadap 'guestbook' kita yang 'agak panas' sejak akhir-akhir ini. Sekali lagi saya berjanji akan membuat tapisan yang lebih kerap agar komen-komen yang keterlaluan terutama yang melibatkan KAFA tidak terlepas. 

W/M : Boleh terangkan serba ringkas penglibatan anda dalam bolasepak Kelantan?

S/U : Saya dilantik menyertai KAFA pada tahun 1999 dan menjalankan tugas-tugas setiausaha kepada Datuk. Di samping itu kami mencari bakat-bakat baru untuk dibentuk dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran liga.

W/M : Selepas kalah kepada Terengganu 2-0 dalam separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, Presiden ada menyatakan ada kelompok yang tidak menunjukkan prestasi sebenar kerana belum dapat gaji, bonus dan sebagainya, adakah pemain-pemain tersebut telah dikeluarkan?

S/U : Ya, kita telah mengeluarkan pemain- pemain yang tidak mempunyai semangat dan bersifat kebendaan. Tahun ini kita mempunyai pemain- pemain yang berkualiti dari segi mental dan fizikal.

W/M : Adakah KAFA masih mencari pemain- pemain baru untuk diserapkan dalam skuad utama musim ini?

S/U : Tidak, kita sudah senaraikan 20 pemain dan itu sudah cukup.

W/M : Sejak tiga tahun kebelakangan ini kita menunjukkan prestasi yang agak memuaskan, apakah yang KAFA mempunyai idea atau startegi baru?

S/U : Sejak kita ambil alih KAFA (dari swasta) pada tahun 1999, kita belajar memahami masalah yang wujud dan mencari jalan untuk menyelasaikannya, menjaga prestasi dan kualiti pemain di samping mengambil pemain dan jurulatih dari negeri lain yang berkualiti

W/M :  Apakah matlamat untuk tahun ini?

Matlamat kita untuk memenangi sekurang- kurangnya satu Piala di samping berada dalam empat pasukan terbaik liga. Kita juga cuba keluar dari gelaran jaguh kampung dan terbukti selepas kita menewaskan Terengganu 2-1.

W/M : Adakah anda berpuashati dengan pemain impot?

S/U : Saya amat berpuas hati terutama Voravut sementara Bukhari memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri.

W/M : Bagaimana dengan anak negeri yang berhijrah?

S/U : Kita amalkan dasar terbuka, kita terima Zaidi (Mat Ail) dan Rozmin (Musa), lepas ni kalau ada pemain lain yang nak balik kita alu-alukan.

W/M : Kita banyak dengar rungutan tentang pemain baru seperti Syiham dan Ezrain yang dilihat belum layak menyertai skuad utama?

S/U : Syiham tu pemain back-up musim lalu dan kita tengok prestasi dia bagus, jadi kita upgrade dia ke pasukan utama  sementara Ezrain tu back-up Terengganu musim lalu.

W/M : Kita kehilangan ramai pemain yang masih bagus musim lalu?

S/U : Rizal mintak berhenti, Sivaram dan Anuar ada masalah prestasi.

W/M : Bagaimana perkembangan Sani Fahmi?

S/U : Sekarang dia berada di FAM dan dijangka pulih bulan depan. [Ikuti perkembangan Sani Fahmi dalam edisi seterusnya]

W/M : Apakah persediaan KAFA dalam membentuk skuad pelapis?

S/U : Kita ada Akademi FAM, Piala MILO, COCA-COLA dan NIKE. Perbelanjaan memang tinggi dan kita tidak langsung mendapat pulangan untuk itu tapi kita buat untuk memastikan kita tidak ketandusan pemain muda.

W/M : Apakah komen anda mengenai penyokong Kelantan?

S/U : Kita minta penyokong memberi sokongan yang padu terhadap pasukan kita dan kita mengalu-alukan komen membina. Jangan komen ikut persaan, dalam bolasepak satu-satunya hakikat yang kita tidak harus lupa; kalah menang tu kira adat, siapa yang nak kalah? kami buat yang terdaya, atas padang pemain yang membuat keputusan...

http://www.kelate.xs3.com

Kami lakukan apa saja

Dua tahun lalu, kami bermula tanpa tujuan, sedikit demi sedikit perubahan dilakukan, segala perancangan diatur rapi dan kami mula mencari identiti, teguran dan nasihat kami terima dengan hati terbuka dan sekarang laman ini adalah antara yang popular khususnya bagi peminat bolasepak. Bermula dari siaran TV penghujung tahun lepas, laman ini mula membuka mata peminat komputer dan bolasepak dan kami tidak berhenti di situ sahaja, awal tahun ini Harian Merto dan Utusan Malaysia pula menghebahkan tentang laman ini. Kami bersusah payah mencari berita untuk tatapan peminat bolasepak secara percuma kerana kami tahu betapa kurangnya publisiti yang diberikan oleh akhbar tempatan terhadap perkembangan bolasepak khususnya Kelantan. Kami tidak patut berterusan begini kerana kami mengeluarkan kos untuk mendapatkan bahan lantas kami menubuhkan Kelab Bola Siber Kelantan, matlamat kami hanya satu, untuk menampung keperluan yang kian bertambah. Di samping itu kami berharap sangat sokongan dari syarikat tempatan untuk membangunkan dan meneruskan kesinambungan laman ini. Kami tidak mampu berdiri sendiri. Syarikat-syarikat pengeluar pakaian dan peralatan sukan diharap dapat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban kami dan sebagai balasan kami beri peluang anda mempromosikan barangan anda di mana-mana page yang sesuai. Sama-samalah kita memartabatkan sukan yang suatu ketika dahulu berjaya meninggikan martabat negara ini.

utusan.jpg (27125 bytes)

tv1.jpg (38059 bytes)
DARI MEJA EDITOR

Terima Kasih kepada SEN

zekein2.jpg (57819 bytes) zekein3.jpg (62691 bytes)
Terima Kasih tak terhingga kepada Sport Event Network (SEN) dan RTM yang telah sudi menyiarkan serba sedikit latar belakang laman web ini di TV1 dalam rancangan Dunhill Liga Malaysia pada 8 Oktober lepas.

Walaupun sekejap ianya sudah cukup untuk memantaskan pergerakan 'kaunter pelawat' kami seterusnya memecahkan tradisi sebagai laman web pertama yang disiarkan dalam rancangan tersebut.

Semoga dengan ini ianya akan menambahkan lagi semangat untuk meneruskan laman web ini sekaligus meningkatkan kemeriahan arena bolasepak negara yang tersisih sekian lama.

Kepada semua yang terlibat dengan bolasepak Kelantan baik Kelantan FA mahupun JKR, TNB atau SKMK yang melayari laman ini, sila hubungi kami secepat mungkin agar kami dapat berita terbaru dari anda semua.

 

BILIK OPERASI KAMI

Terima Kasih kepada SEN

opr.jpg (10801 bytes) opr2.jpg (10419 bytes)
sembang bola
video klip
pilih siapa
pendapat
download